RESEPI HATI MENGHADAPI MUSIBAH

I Seorang ulama mendapat ujian hebat dalam hidupnya. Saat itu beberapa saudara mengunjungi beliau. Dalam kesempatan tersebut, dengan tenang beliau berkata: “Aku telah membuat ubat hati dengan 7 resepi”. Yang lain lalu bertanya, “apa itu?”. beliau menjawab:

1. Percaya pada ALLAH, bahawa apa saja yang didatangkan pasti ada hikmah dan rahsia yang besar.

2. Aku tahu segala sesuatu yang ditakdirkan pasti terjadi

3. Segala yang tidak ditetapkan dalam takdir, pasti tidak akan terjadi

4. Kesabaran adalah hal terbaik yang mesti dilakukan oleh orang yang sedang dalam ujian ALLAH.

5. Aku mengetahui bahawa kesedihan semata-mata tidak akan pernah dapat menolong diriku.

6. Boleh jadi saja aku tertimpa sesuatu yang lebih buruk dari ini.

7. Sebahagian besar hidupku lebih banyak mengenai kegembiraan dari kedukaan.

SUBHANALLAH..

Betapa indahnya urusan kaum muslim itu. Jika dia mendapat nikmat dia besyukur, itu terbaik baginya. jika ditimpa musibah dia bersabar, itu yang terbaik baginya.

Saudaraku, selalu ada hikmah dibalik musibah. Dan selalu ada balasan dari tiap kesabaran. Mari senantiasa berbaik sangka pada ALLAH, kerana sungguh, ALLAH-lah yang paling mencintai kita. CintaNya tidak hanya melalui suka dan tawa kita, tapi juga dengan musibah dan bencana. Dan yakinlah, ALLAH yang menguasai segalanya tidak akan zalim pada umatNya.

“Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” ( QS. 23:62 )

“Kerana sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.” ( QS 94: 5-6 )

Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: Allah swt telah berfirman: “Aku adalah tergantung dalam zhan (prasangka) hamba-Ku kepada-Ku. Sesungguh-nya Aku selalu beserta hamba-Ku selagi dia berzikir kepada-Ku.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Segala puji bagi ALLAH, semoga kita termasuk orang-orang yang bersabar.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *