RESPON AL-HABIB UMAR BIN HAFIZD MENGENAI PEMILIHAN PRESIDEN BARU AMERIKA

Baru-baru ini seorang pelajar di Darul Musthofa (Tarim) berpeluang untuk mendekati al-Habib Umar untuk bertanya mengenai sebuah isu, berikut adalah kisahnya;

Saya menerima sebuah mesej setelah solat Jumaat yang memintaku untuk datang ke rumah Habib Umar bin Hafidz. Saat aku masuk aku melihat Habib Umar dan sekelompok pelajar-pelajar yang lain. Kemudian mereka menghidangkan makan tengahari, dan aku mendapat tempat duduk tepat dihadapan beliau, sehingga aku dapat meminta nasihat pada beliau untuk saudara-saudara kita di barat, dan pelajar seperti diriku yang sedang belajar diluar negeri.

Saat aku sebutkan mengenai presiden hasil pilihanraya di Amerika baru-baru ini, yang mana presiden tepilih sebelumnya telah mengatakan banyak hal yang meresahkan mengenai muslim dan kaum minoriti lainnya.

Beliau mulai tersenyum, tapi senyuman beliau adalah yang menenangkan dan lembut. Hal pertama yang beliau katakan adalah, “Jangan khuatir”. Bahasa tubuh beliau menunjukkan seseorang dengan keyakinan penuh bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan.

Beliau kemudian berkata “Katakan pada saudara-saudara kita disana, terus lakukan apa yang sedang mereka lakukan saat ini, katakan pada mereka untuk tetap teguh pada jalan yang mereka jalani selama ini dan dia (presiden baru) tidak akan menjadi masalah”

Kemudian Habib Umar melihat ke atas dan berkata, “Allah adalah Raja (Pemegang Kekuasaan) Bukan presiden negara manapun.”

Mesej pelajaran yang aku dapat adalah supaya kita tetap setia/istiqamah dalam jalan dakwah, memperbaiki diri dan hati, setia/istiqamah membaca wiridmu, tetap setia/istiqamah pada sunnah.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *