BEBASKAN RASA WUJUDMU YANG MERASA BERDIRI SENDIRI, BERNAUNGLAH DIBAWAH NAUNGAN SIFAT WUJUD YANG HAKIKI

Imam Arsalan ada menyebut dalam risalah At-Tauhid (lalu disyarah oleh Imam An-Nabulsi dan Sheikhul Islam Zakaria Al-Anshori):

كُلُّك شرك خفي، ولا يبن لك توحيدك إلا إذا خرجت عنك .

“Setiap kamu (samada zat, sifat dan
perbuatan kamu) merupakan syirik yang tersembunyi (jika merasai wujud kamu tersebut secara tersendiri/ bebas dari pengaruh Allah). Tidak akan terzahir tauhid kamu (bahawa kamu dariNya), melainkan setelah kamu keluar dari diri kamu (tiada lagi menisbahkan apa yang terzahir dari diri kamu kepada diri kamu kerana hakikatnya adalah dariNya melalui diri kamu dengan pengaruh dan perbuatanNya) . .

فكلما أخلصت يكشف لك أنه هو لا أنت فتستغفر منك.

“Setelah mana kamu ikhlaskan diri (tiada lagi menisbahkan apa yang zahirnya darimu kepada dirimu dengan zauq dan syuhud, bukan secara akal dan teori semata), maka terzahirlah bahawa sebenarnya ia (yang wujud secara hakiki dan tersendiri dan pelaku sebenar yang abadi) adalah “DIA” tanpa “kamu” (apa sahaja terzahir dalam dirimu atau dari dirimu atau kepada dirimu adalah perbuatanNya, dari sifat dan namaNya yang kembali kepada zatNya.

Kamu adalah waham dalam waham.) Maka dengan demikian kamu akan meminta ampun daripada dirimu (dari rasa wujud dirimu di sampingNya kepada rasa wujud dirimu denganNya).

وكلما وجدت بأن لك الشرك فتجدد له في كل ساعة ووقت توحيدا وإيمانا

“Setelahmana kamu mentauhidkan (tenggelam dalam tauhidNya terhadap diriNya), maka terzahirlah syirik (dalam syuhudmu bahawa kamu wujud selainNya tetapi tidak terpisah dariNya).

Maka dengan demikian, sentiasalah bertambah tauhid dan imanmu. كلما خرجت عنهم زاد إيمانك، وكلما خرجت عنك قوي يقينك “Setelah mana kamu keluar dari mereka (makhluk: iaitu menisbahkan makhluk kepada perbuatanNya dengan zauq), maka bertambah kuat imanmu. Setelah mana kamu keluar dari dirimu (dengan tenggelam dalam fana melalui zikir dengan bimbingan murobbi kamil), maka bertambahlah yakinmu. ” Jika kamu bersamaNya (dalam tauhid syuhudi setelah fana dari diri) maka Dia akan menghijab kamu dari dirimu (iaitu memutuskan jalan untuk kamu kembali menisbahkan apa yang zahir dari dirimu kepada dirimu dengan pandangan hakikat, namun tetap menjaga adab kehambaanmu dengan menetapkan wujudmu dan usahamu denganNya).

“Jika kamu bersama dirimu (dengan menisbahkan apa yang zahir dari dirimu kepada dirimu tanpa mengembalikan semuanya kepadaNya dengan zauq tauhid), maka Dia akan memperhambakan kamu (iaitu kamu akan terasa terbeban dengan ketaatan diri kamu kerana tiada cinta kamu kepadaNya dalam ketaatan kamu sedangkan jika ada cinta kamu kepadaNya dalam taatmu, maka tiada kamu rasa terbeban dengan ketaatan dirimu kepadaNya.

Rasa wujud dirimu “di samping”-Nya membebankan kamu kerana kamu beribadah bergantung kepada dirimu, bukan kepadaNya).

“Iman itu, keluar kamu daripada mereka (makhluk). Yakin itu, keluar kamu daripada dirimu (fana’ dan seterusnya baqa dengan bantuanNya).

إذا زاد إيمانك نقلت من حال إلى حال، وإذا زاد يقينك نقلت من مقام إلى مقام. Jika bertambah iman kamu, kamu akan dipindahkan (oleh Allah s.w.t.) dari suatu hal kepada suatu hal lain (ahlul-hal) Jika bertambah yakinmu, maka kamu akan dipindahkan (oleh Allah) dari suatu maqam ke suatu maqam yang lain.

— (Risalah At-Tauhid oleh Imam Arsalan dgn sedikit catatan ringkas daripada rujukan kedua-dua pensyarah risalah tersebut iaitu Imam An-Nabulsi (kitab Khamratul Khan) dan Sheikhul Islam Zakaria Al-Anshori (kitab Fath Al-Rahman)…)

Semoga bermanafaat.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *