[Saham Akhirat] DARI MODEL KE “ROLE MODEL”

Sepanjang saya berada dibumi Andalusia, Sepanyol, saya diiringi oleh seorang pemuda soleh yang mana memiliki sifat kecintaan yang cukup mendalam kepada Allah dan RasulNya ‎ﷺ‎. Bukan saja tampan rupa parasnya tapi tampan juga hati dan budi pekertinya.

Sehingga beliau lebih memilih untuk meletakkan jiwa dan raga demi kepentingan agama, dari pada menuruti gemerlapnya dunia yang tak ada habisnya. Bahkan banyak ayat-ayat Al-Qur’an telah sanggup dihafal serta didalami akan semua maknanya. Siapakah pemuda mulia tersebut..

Beliau adalah Luis Ibrahim Hernandez Martinez. Dahulunya beliau merupakan seorang model dari Sepanyol yang sering menghiasi majalah-majalah dan iklan. Bertahun-tahun beliau menceburi dunia permodelan untuk memenuhi keperluan hidupnya dan keluarganya.

Akan tetapi sebuah kemewahan tersebut beliau lepaskan untuk beristiqomah, dan menghabiskan waktunya menjadi pemuda soleh dan kekasih Allah. Memang benar adanya, bahwa sosok Ibrahim tak lagi menampakkan wajahnya untuk menghiasi cover majalah, namun beliau lebih memilih untuk menghabiskan waktunya di dalam masjid.

Ibrahim kini sangat bersemangat sekali dalam menyebarkan Islam di Sepanyol. Beliau bersungguh-sungguh dalam mengabdikan dirinya kepada Sang Ilahi. Bahkan menurutnya, ‘’Bahwa agama Islam hanya akan maju dan berkembang bilamana ekosistemnya terjaga dengan baik. Sepatutnyanya harus ada seseorang yang kaya secara material, berilmu seperti mengetahui akan ilmu fiqih, hadits, tafsir, hingga harus ada orang yang menghafalkan Al-Qur’an’’.

Buat masa ini beliau sedang sibuk ke merata tempat untuk berdakwah sambil mengumpulkan dana sebanyak USD16juta bagi membina sebuah masjid di Seville, Sepanyol demi menampong umat Islam seramai 25,000 orang dan sebagai pusat Islam untuk non Muslim mendapatkan info mengenai Islam lantaran semakin ramai orang Eropah memasuki agama Islam di Sepanyol.

Jika dahulu beliau adalah model, kini beliau menjadi “role model”.

Untuk sumbangan dana pembinaan masjid Seville ini, boleh disalurkan kepada;

MALAYSIA ACCOUNT:
Maybank account “Ukhwah for Ummah (U4U)”
5647 9912 4590
SWIFT MBBEMYKL

INDONESIA ACCOUNT:
Aksi Cepat Tanggap (ACT) sebagai berikut:
1. BCA 5995220048. Cabang Gedung Manhattan.
2. Permata Syariah 0971144033 Cabang Pondok Indah.

SPANISH ACCOUNT:
Fundación Mezquita de Sevilla
ACCOUNT: 2100 2143 6702 0029 0524
BIC CODE/SWIFT: CAIXESBBXXX
IBAN: ES90 2100 2143 6702 0029 0524

WWW.ATILEFORSEVILLE.COM

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *