NASIHAT PERINGATAN DAN CARA MENGHADAPI RAMADHAN

Kelebihan Ramadan

Segala puji bagi Allah Tuhan yang Berfirman didalam Al Quran: “Bulan Ramadhan ,bulan yang diturunkan didalam Al Quran sebagai Petunjuk bagi manusia dan penjelasan² daripada petunjuk dan Al Furqan ”

Dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad yang bersabda :
” Wahai sekalian manusia! Telah menaungi kalian satu bulan yang agung! Bulan yang padanya ada Lailatul Qadar yg lebih baik drpd 1000 malam. Dan siapa yang mendekatkan diri kepada Allah didalam Ramadhan dgn satu jenis kebaikan (yg sunat) adalah seperti melakukan satu amalan Fardhu pada selain bulan Ramadhan. Dan siapa yang menunaikan padanya sesuatu Amalan Fardhu , maka baginya seperti ia melakukan 70 amalan Fardhu diselain Ramadhan. Dan ia adalah Bulan Kesabaran dan bulan yang mana ditambah didalamnya rezeki bagi orang² yg beriman. Dan siapa yang memberi orang yg berpuasa makanan untuk berbuka baginya pahala seperti pahala org yg membebaskan hamba dan keampunan bagi dosa²nya .” Lalu sahabat berkata ” Ya Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم bukan semua drpd kami yang mampu berbuat demikian, diantara kami ada yg kaya dan ada yang miskin, kami tak mempunyai apapun . ” kemudian Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم bersabda : ” Allah memberi ganjaran pahala itu kepada siapa yg memberi org yg berpuasa makanan walaupun setitik susu, atau seteguk air atau sebiji kurma . Dan siapa yang membuat org yg berpuasa berasa kenyang maka Allah akan memberinya keampunan bagi dosa²nya dan Allah memberi ia minum air daripada TelagaNya , yg mana siapa yg meminumnya tidak akan merasa dahaga selamanya.”

Ganjaran bg org yg memberi makan dan ganjaran bgi org yg membuatkan org yg berpuasa merasa kenyang itu berbeza dan berlainan . Allah memberikan pahala² itu kepada orang yang memberi makanan ini tanpa mengurangkan sikit pun pahala drpd org yg berpuasa.

Sebahagian daripada Salafus Soleh, pendahulu kita drpd kalangan org² yg soleh dahulu mereka setiap kali berbuka saling bertukar tukar kurma dan makanan kerana masing² nak mendapatkan ganjaran pahala ini.

*Ini Hadis yang agung diriwayatkan daripada Sayyidina Salman Al Farisi didalamnya ada isyarah yang besar kebaikannya bagi Mukminin bahawa Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم bersabda : ” Bulan yang mana awalnya adalah Rahmah dan Pertengahannya Pengampunan dan akhirnya Pembebasan daripada api neraka, Allah Swt membebaskan didalam bulan Ramadhan setiap malamya sejuta nyawa daripada neraka dengan Kemuliaan daripadaNya. ”
(Maka sepanjang bulan daripada awal hingga ke akhirnya, Allah membebaskan 30juta nyawa daripada neraka.)
Kemudian para Sahabat berkata : “Ya Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم adakah ia malam Lailatul Qadar ? ”

Baginda bersabda : “tidak, akan tetapi diberikan hak seseorang itu berupa pahala ketika telah sempurna amalannya”

——————–
*Amalan Zikir Terbaik Didalam Ramadan*
——————–

Dan Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم memberi kepada kita wasiat pada Bulan Ramadhan , baginda bersabda :
” hendaklah kalian memperbanyakkan daripada 4 perkara.
2 perkara membuatkan Allah redha kepada kalian,:
Iaitu kamu mengucapkan kalimah syahadah dan kamu beristighfar .

Dan 2 perkara yang kalian tidak akan boleh lepas dari keduanya :
Kamu meminta daripada Allah Syurga dan memohon dijauhkan daripada neraka .

Maka Sayyidah Aishah berkata kepada Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم jika aku bahawa ini adalah malam lailatul Qodr maka apa yg perlu aku lakukan?

Kemudian Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم menjawab :
“Katakanlah wahai aisyah
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني”
——————–
Maka seafdhal afdhal zikir pada bulan Ramadhan selain membaca Al Quran adalah kalian mengucapkan :
اشهد ان لا اله إلا الله استغفر الله اسالك الجنة واعوذ بك من النار
Diulang 3 atau 4 atau 5kali
Kemudian ucapkan lah:
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني.
Kemudian diulang ulang lagi dari awal… perbanyakkanlah daripada kalimat² ini .

Jika dirumah atau di masjid, kamu beriktikaf maka penuhi masamu dgn bacaan Al Quran , tetapi selain dari itu maka penuhilah masamu dgn zikir yg diatas ini . Maka ini adalah amal yg paling utama dlm Ramadhan.

——————
*Apakah Persiapan Kita Menghadapi Ramadan*
——————–

Kita telah menyebutkan Hadis tadi dari awal sehingga habis tntg kelebihan² Ramadhan.

Maka apa yang perlu kita lakukan untuk menyambut Ramadhan?

-Hendaklah kita menyambutnya dan menantikan kedatangannya dgn rasa gembira dan rasa rindu untuk bertemunya.
Kita seronok dgn kedatangannya lebih daripada kita diberikan kekayaan dunia dan seisinya.

Dahulu Salaf Soleh mereka menyambut kedatangan Ramadhan 6 bulan sehingga mereka masuk ke dlm bulan Ramadhan.
Dan apabila berlalu Ramadhan mereka sedih dan mereka mengharapkan agar Ramadhan tak pergi daripada mereka dgn segera.

Seperti didalam Hadis Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم mengatakan jikalau umat ini tahu akan kelebihan yg ada pada Ramadhan nescaya mereka akan mengidamkan sepanjang tahun itu adalah Ramadhan. Dan apabila berlalu Ramadhan, mereka menangis dan sedih dgn kepergian Ramadhan dan menyebutkan wadak(selamat tinggal) wadak ya Ramadhan selama 6 bulan maka .jadilah sepanjang tahun mereka , mereka menyambut dan mengucapkan selamat tinggal Ramadhan.

——————–
*Amaran Supaya Tidak Termasuk dalam Golongan2 Yang terhalang daripada pengampunan*
——————–

Mereka memuliakan dan mengangungkan Ramadhan kerana mereka mengetahui rahsia² disebalik Ramadhan, daripada anugerah anugerah Allah dan kelebihan² yg Allah beri pada Bulan Ramadhan.

Dan
– Hendaklah kita bersedia menghadapi Ramadhan dgn menanggalkan segala dosa yg kita lakukan. Semua kita tahu akan hal diri kita. Kita dapat menyembunyikan dosa drpd org lain tapi tak dapat sembunyi dari Allah, maka mohonlah drpd Allah moga Allah terima taubat kita dan menjadikan kita bersih dari segala dosa.

Dan jika kamu melakukan kezoliman kepada semasa manusia hendaklah kamu mengambilkan haknnya.
Mintalah maaf daripadanya , moga kamu tidak diharamkan drpd mendapat ganjaran RAMADHAN.

– Dan perkara ketiga adalah kita mesti berhati² daripada tergolong drpd 4 golongan yg diharamkan oleh Allah daripada keampunan Allah pada bulan Ramadhan.
Jika sesiapa yg termasuk dlm golongan ini, maka ia masuk Ramadhan dan keluar drpd Ramadhan , Allah mengampunkan seluruh mukminin sedangkan dia diharamkan daripada mendapat sebarang pahala dan diharamkan daripada mendapat pengampunan.

1- Berhati² daripada kamu menderhaka kepada ibubapamu. Kerana derhaka membuatkan kamu diharamkan drpd segala kebaikan yg ada pada Ramadhan. Maka hendaklah kita memohon keampunan daripada kedua org tua kita moga kita x termasuk dlm golongan ini.

2- Jangan kamu termasuk drpd golongan yg memutuskan silaturrahim.
Kerana mereka ini dilaknat oleh Allah dgn Nas Al Quran . Dan diharamkan drpd ganjaran pahala bahkan keburukan atau kesialan daripada pemutus silaturrahim ini boleh merebak kepada kaumnya.
Jika ada terdapat seorang yg seperti ini didalam sesuatu kaum atau perkumpulan maka seluruh kaum itu akan diharamkan daripada mendapat Rahmat Allah.
Jika kamu termasuk golongan ini, maka hendaklah kamu berjumpa dgn org yg kamu putuskan hubungan dgn nya sama ada drpd saudara kandungmu atau sepupu atau atau bapa atau ibu saudara , jumpalah mereka dan mohon maaf darpada mereka.. mudahan kamu tidak diharamkan drpd mendapat Rahmat Allah dan pengampunan di dalam Ramadhan.

3- Janganlah kamu jadi golongan yang bertelingkah sesama saudara muslim… sama ada kerana dunia atau apa apa urusan sekalipun.
Ketahuilah bahawa ketika diturunkan Rahmat Allah dan dibahagi bahagikan sesama makhluk , maka tidak akan dibahagikan kepada org yg saling bertelingkah hingga mereka saling berbaik semula.

Ia membiarkan masalah kecil menjadi penghalang untuk dia mendapat rahmat Allah hanya kerana dia enggan mengalah untuk pergi minta maaf dan berbaik dgn saudaranya sesama islam ini.
Maka jika kita ada pertelingkah sesama saudara, pergilah berjumpanya dan minta maaf drpdnya dan berikanlah ia hadiah… moga kita tak terhalang drpd Rahmat Allah.

4- Ini adalah golongan peminum arak.
Jika seseorang itu meminum arak maka dia akan diharamkan drpd mendapat keampunan Allah. Jika ada org yg masih minum arak maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah dgn sebenar² taubat.

5- Ini golongan wanita…
Yang nusyuz , tidak taat kepada suaminya.
Kerana perempuan yg nusyuz kepada suaminya adalah terhalang drpd segala kebaikan dan keampunan drpd Allah.
Siapa yg melakukan nusyuz, maka bertaubat kepada Allah dan mohonlah maaf drpd suaminya agar tidak ia masuk dlm golongan ini dan dihalang drpd keampunan Ramadhan.

6- Ini sesuatu yg penting, berhati hatilah drpd nya wahai saudara²ku.
Dan imam Al Ghazali telah menyebutkan tentang perkara ini didalam Al Ihya.
Tapi Syaitan berusaha sungguh untuk menghilangkan rahsia , cahaya dan keberkatan puasa kita .

——————–
*Nasihat apabila sudah memasuki Ramadan*
——————–

Bulan Ramadhan adalah bulan yg disediakan untuk merasa lapar.
Dan apabila dtgnya Ramadhan . Berbukalah dgn sekadar apa yg boleh menyambung kehidupan kita saja . Jika kita bercanggah dgn perkara ini, kita makan banyak ketika berbuka dan bersahur maka akan hilanglah drpd kita cahaya rahsia dan keberkatan puasa.
Salafus soleh dahulu mereka ketika Ramadhan, hanya makan tamar dan minum air sahaja supaya tidak hilang drpd mereka rahsia dan keberkatan puasa.
Kerana perut apabila lapar maka ia akan kuat untuk beribadah kepada Allah dan apabila penuh perut maka Ia akan lemah dan malas untuk beribadah kepada Allah. Mungkin puasanya hanya tidur saja.

Tapi itu salaf soleh, adapun pada zaman ini berbeza. Makaanan yg x pernah kita makan pada selain Ramadhan kita akan dapatinya didalam Ramadhan. Isteri² pula menyediakan pelbagai menu untuk berbuka hanya pada Ramadan. Maka apbila azan maghrib para solehin hanya minum beberapa teguk air dan beberapa biji kurma menangis dan berdoa bermunajat ketika berbuka sedangkan kita, didepan kita ada satu hamparan hidangan makanan yg pelbagai.

Maka kita akan merasa berat untuk solat terawih, dan kalaupun Allah memberikan kita taufiq untuk solat terawih maka kita akan solat dlm keadaan bersendawa sepanjang berdiri menunaikan solat terawih.
Para solehin menangis sedangkan kita bersendawa.

Pernah suatu kita Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم melihat seorang sahabat banyak bersendawa lalu Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم berkata ” wahai fulan, ringankanlah drpd sendawamu kerana sesungguhnya org yg paling bnyk kenyang didunia adalah org yg paling bnyk merasa lapar di akhirat. ”

Dan jika masuk malam pertama drpd bulan Ramadhan, yakni apabila azannya maghrib hari terakhir syaaban dan telah masuk Ramadhan.
Maka bacalah doa yg diajarkan oleh Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم ini :
اللهم سلِّمْنا لرمضان
Ya Allah selamatkanlah kami untuk bulan suci Ramadhan
وسلم رمضان لنا
Dan selamatkan Ramadhan untuk kami
وتسلمه منا متقبلا
Dan selamatkanlah Ramadhan drpd kami daripada amalan amalan kami didalamnya dan terimalah.

Amalkan doa ini pada malam pertama Ramadhan!

Dan katakanlah :
نويت صوم رمضان كله
Sahaja aku berpuasa Ramadhan sepenuhnya.

Dgn ini kamu akan dpt dua faedah:

Pertama: Didalam mazhab Asy Syafie diwajibkan untuk kita berniat sebelum fajar . Dan apabila kamu lalai atau lupa untuk niat dan terbitnya fajar sodiq maka kamu wajib qoda pada hari yg kamu lalai itu.
Maka jika kamu niat seperti niat diatas , kamu akan ditanggung oleh Qaul dlm Mazhab Imam Malik yg mengatakan memadai niat pada malam pertama untuk kamu berpuasa penuh sepanjang Ramadhan.

Dan kedua: Seseorang kalau ditakdirkan mati pada awal atau pertengahan Ramadhan, maka dgn niatnya tadi Allah akan berikan pahala puasa penuh sebulan berdasarkan niatnya.

Ketiga: Adalah kamu solat 2 atau 4 rakaat pada malam pertama Ramadhan.
Dan dibaca padanya surah Al Fath dibahagikan surah Al fath dlm 2 rakaat atau 4 rakaat itu. Dengan niat Pembukaan dan taufiq drpd Allah untuk kamu beramal soleh dlm Bulan suci Ramadhan.
Ini faedah yg agung yg mana guru² sering memesannya kepada kami.

keempat: Adalah kamu menjaga solat Terawih drpd awal Ramadhan hingga akhirnya.
Jangan kurang drpd 10 atau lapan atau berapa yg kamu mampu yg penting jangan tinggal walaupun satu malam . Terutamanya pada awal² Ramadhan kerana padanya para malaikat turun kebumi dan solat bersama org² beriman , maka siapa yg melihat para malaikat ini maka ia akan mendapatkan pandangan Allah, dan siapa yg mendapat pandangan Allah akan mengecapi kebahagian yg tidak akan menemukan sengsara lagi selamanya.

Kelima : Setiap kamu mengimpikan Lailatul Qodr, maka peliharalah solat Isya dan Subuh berjemaah. Kerana kata Ulama: siapa yg solat Isya dan Subuh berjemaah pada malam lailatul qodr maka ia telah mendapatkan bahagian drpd anugerah Lailatul Qodr.

Nasihat terakhir: hendaklah kita menambah tingkatkan ibadah kita setiap hari terutamanya pada 10malam terakhir.
Adalah Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم ketika masuk 10malam terakhir maka baginda akan menguatkan ikatan pada pinggang Baginda dan membangunkan ahli keluarga Baginda untuk tekun bangun beribadah..

Namun ramai manusia hari ini hanya semangat pada awal Ramadhan, tetapi kemudian makin lemah semangat ibadahnya .Hingga malam malam terakhir, sepatutnya lebih kuat ibadah namun mereka memenuhi Malam malam akhir Ramadhan di Pasaraya dan Mall untuk shopping. Di waktu org solehin mendapatkan anugerah dan kurnia kurnia daripada Allah mereka ini sibuk pula membeli belah di pasar² Raya . Sayang sekali mereka yg berada pada hal demikian itu.
Kalaupun nak beli pakaian baru untuk hari raya, beli lah awal awal , sebelum Ramadhan.. inilah orang yang bijak. Kerana mereka tahu nilai waktu didalam bulan Ramadhan.
Kalaupun kamu tak pakai baju baru kerana menjaga waktu ibadah didalam Ramadhan itu lebih baik drpd kamu terlepas drpd kurniaan Ramadhan hanya kerana nak beli pakaian .
Dan begitu juga ketahuilah Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم bersabda tempat yg paling dibenci Allah adalah pasar pasar dan tempat yg paling dicintai Allah adalah masjid masjidnya.

Penutup kata, Dengan Izin Allah, jika kita amalkan apa yg diperkatakan ini semua … maka Allah akan memuliakan kita dengan kemurahanNya dan kita akan keluar drpd Ramadhan dan mendapat pengampunan Allah.

Dan janganlah ketika didalam Ramadhn kamu menanti nanti habis berlalunya Ramadhan … kerana ini tanda org org yg celaka.

Dan tanda amalan diterima oleh Allah adalah:
Kamu keluar drpd Ramadhan dan keadaan kamu dgn Allah lebih baik drpd sebelum Ramadhan , begitulah sebaliknya bgi org yg tertolak amalannya.

Moga Allah memberkati kita pada bulan Syaaban dan Menyampaikan kita pada bulan Ramadhan

اللهم يا مَنْ وَفَّقَ أهلَ الخَيرِ لِلْخَيرِ وأعانَهُم عَليهِ وَفِّقْنا للخير واَعِنَّا عليه
Ya Allah Wahai Yang memberi taufiq kepada ahli kebaikan untuk melakukan kebaikan dan membantu mereka atas kebaikan, Berilah kami Taufiq untuk melakukan kebaikan dan bantulah kami ke atas melakukannya…
(Doa Sayyidina Imam Syeikhul Islam Al Habib Abdullah bin Umar Asy Syathiri)

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
والحمد لله رب العالمين

Terjemahan daripada Majlis di Pusat Kominiti HAK Sg Penchala

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *