NIAT BERAMAL DI BULAN RAMADHAN

Saya berniat seperti niatnya Rasulullah ﷺ, dan para Salaf Assoolihiin dari keluarga Rasulullah ﷺ dan Para Sahabat,

• dan berniat mengamalkan semua amalan yang berkaitan dengan puasa, dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t, (ALMALIKUL ‘ALLAM)

• dan saya berniat akan istiqamah mengamalkan amalan-amalan di malam Ramadhan,

• dan menjaga pancaindera saya dari perkara-perkara maksiat dan segala keburukan,

• dan saya berniat untuk membaca Al-Quran dan memperbanyak zikir dan selawat ke atas Sayyidina Muhammad ﷺ,

• dan berniat menjauhi umpatan atau membicarakan keburukan orang, atau menfitnah orang, atau kebohongan, dan sesuatu yang menuju kepada perbuatan haram.

• Dan saya berniat akan memperbanyakkan bersedekah, dan membantu Janda-janda, Orang-orang Miskin juga Anak-anam Yatim.

• Dan saya berniat untuk melaksanakan adab-adab Islam dan Solat berjemaah pada waktunya dengan istiqamah,

• Dan saya berniat dengan niat-niat yang baik seperti niat-niat orang-orang Soleh, di sepuluh hari yang pertama, di sepuluh pertengahan dan di sepuluh yang terakhir, dan mengharap mendapat Lailatul Qadr, dari hari pertama hingga ke akhir bulan puasa, dengan mengamalkan kebajikan di setiap malam dan siang hari.

Wa SALLALLAHU ‘Ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala Aalihi wa Sohbihi wa Sallam.
Dengan rahasia Alfatihah.
(Bi sirrilFatihah).

WaAllahu a’lam

(Disusun Oleh Al-Habib ABU BAKAR AL ‘ADANI BIN ‘ALI ALMASYHUR – Tareem.)

FAEDAH TAMBAHAN
(Adakah memadai berniat sebulan pada malam pertama Ramadhan ?)

1- Wajib berniat berpuasa esok hari pada setiap malam bulan Ramadhan .

2- Tidak memadai hanya berniat sekali sahaja pada malam pertama Ramadhan dan diniatkan berpuasa sebulan

3- Sekiranya seseorang berniat sedemikian maka niat itu hanya sah untuk hari pertama sahaja bulan Ramadhan

4- Ini adalah merupakan mazhab Imam Abu Hanifah, Ishaq bin Rahuyah, Ibnu al-Munzir, Daud az-Zohiri dan majoriti ulama (Majmu’ 6/206)

5- Disebut didalam kitab ‘Bushra al-Karim'(600) bahawasanya disunatkan pada awal Ramadhan berniat sebulan serta ia berniat untuk bertaklid mazhab Imam Malik supaya ia menjadi ‘backup’ (sokongan) jika sekiranya ada orang yang terlupa niat pada malam-malam bulan Ramadhan dan puasanya menjadi sah berdasarkan mazhab Imam Malik yang mengatakan memadai berniat sekali sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadan

6- Walaupun didalam mazhab Imam Malik memadai berniat satu malam sahaja namun mereka yang bermazhab Maliki tetap berniat setiap malam sebagai keluar dari khilaf mereka yang mewajibkan berniat setiap malam

Semoga Bermanfaat..

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *