KISAH IMAM ABU HANIFAH DAN PENCURI BUAH EPAL

_يروى أن اﻹمام أبا حنيفة رحمه الله مر في طريق فرأى رجلاً سرق تفاحة ثم تصدق بها._

Dikisahkan bahwa Imam Abu Hanifah Rahimahullah pernah melalui satu jalan, lalu beliau telah melihat seorang lelaki telah mencuri buah epal kemudian menyedekahkannya.

_فسأله أبا حنيفة، لم سرقتها؟ ظننتك جائعاً!_

Lalu Imam Abu Hanifah bertanya kpdnya, “Kenapa kamu mencurinya? Aku menyangka kamu kelaparan!”

_فقال الرجل، لا يا هذا (وهو لا يعرف أنه اﻹمام أبا حنيفة) أنا أتاجر مع ربي.._

Lelaki itu menjawab, “Tidak wahai pak cik (dia tidak mengetahui bahawa orang tersebut ialah Imam Abu Hanifah), aku bermaksud utk berniaga dgn Tuhanku..”

_قال أبا حنيفة، كيف ذلك؟

Abu Hanifah menjawab, “Bagaimana?”

_قال الرجل، سرقتها فكتبت عليّ سيئة واحدة. وتصدقت بها فكتب لي عشر حسنات. فبقي لي تسع حسنات! فإذن، أنا كسبت تسع حسنات فأنا أتاجر مع ربي._

Lelaki itu menjawab, “Memang aku mencurinya lalu dituliskan bagiku 1 dosa kejahatan. Kemudian aku sedekahkannya maka dituliskan bagiku 10 pahala kebaikan. Maka berbaki utkku 9 pahala kebaikan! Maka aku berniaga dgn Tuhanku.

_فقال له الإمام أبو حنيفة رحمه الله، أنت سرقت فكتبت عليك سيئة، لكنك تصدقت بها فلم يقبلها الله منك لأن الله طيب لا يقبل إلا طيبا. فبقيت عليك سيئة واحدة._

Maka Imam Abu Hanifah berkata kpdnya, “Kamu telah mencuri dan dituliskan ke atasmu dosa kejahatan, tetapi kamu bersedekah dgn barang yg dicuri maka Allah tidak menerimanya drp kamu kerana Allah Maha Baik dan tidak menerima kecuali yg baik. Justeru, yg berbaki ke atasmu satu dosa kejahatan.”

_فكم في زماننا من امثال هذا الرجل. يفتي لنفسه دون بينة. ويجادل بالباطل وهو يظن أنه على الحق. ويبني الحكم على نص قرأه بجهل دون أن يرجع ﻷهل العلم. عافانا الله واياكم من اتباع الهوى._

Berapa ramainya di zaman kita ini orang seperti lelaki tersebut. Dia berfatwa bagi dirinya tanpa ilmu yg jelas. Dia berdebat secara batil dan menyangka dirinya benar. Dia membuat hukum berdasarkan nas (teks dalil) yg dia baca tanpa merujuk kpd ulama’. Semoga Allah melindungi kita semua drp mengikut hawa nafsu.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *