UCAPAN AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ BERKENAAN KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ ITTIFAQIAH

Terjemahan ringkas dari ucapan takziah dari Al-Allamah Al-Habib Omar bin Hafiz…

Telah terbakar kelmarin sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran di Kuala Lumpur ibu negara Malaysia,dan telah meninggal dunia 25 pelajar,kebanyakannya berumur kurang dari 17 tahun,disebabkan api yang marak membakar (bangunan) tersebut sebelum waktu subuh dan tiada dikalangan mereka yang sedar.Alhamdulillah di atas ketentuan qadha dan qadarNya dan sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadaNya kita kembali…

Seluruh negara Malaysia khususnya orang Islam dilanda kesedihan yang amat sangat dengan musibah yang melanda,dan ini adalah ucapan takziah daripada Al-Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz,Pengasas Pusat Pengajian Darul Musthafa :

Segala pujian hanya bagi Allah…dan sesungguhnya kita datang dari Allah dan kita akan kembali kepadaNya.Firman Allah yg bermaksud:(Tidaklah seseorang itu meninggal dunia kecuali dengan izin Allah dan dalam ketentuan waktu yang ditetapkan)

Bersabda Rasulullah SAW : (Barangsiapa yang datang kematian ke atasnya sedangkan dia dalam menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam maka kedudukan antara dia dan para Nabi di dalam syurga hanyalah beza satu darjat)

Dengan hati yang redha dengan ketentuan Allah yang Maha Tinggi dan Bijaksana kami mengucapkan takziah ke atas diri kami,juga ucapan takziah kepada saudara yang dikasihi di Malaysia khususnya ibu bapa penjaga kepada pelajar yang ditimpa musibah kebakaran,yang telah menemui Tuhan mereka,
juga ucapan takziah kepada Maahad yang terlibat yang terdiri dari pihak pengurusan,dan juga ucapan takziah kepada seluruh Malaysia,kerajaan dan rakyatnya dengan ucapan :

Semoga Allah menggandakan pahala kamu,dan dikurniakan Allah kepada kamu sebaik-baik takziah,diampunkan segala dosa pelajar-pelajar yang terlibat,ditinggikan darjat mereka,dan dijadikan sebab kembalinya mereka dan terpilihnya mereka disisi Allah,Rahmat kepada umat,dan menjadi sebab ditinggikan darjat mereka,dan menjadi sebab ditinggikan darjat dan kedudukan ibu bapa mereka,menjadikan mereka sebagai simpanan di syurga dan pemberi syafaat ibu bapa mereka, dan semoga anak2 ini diletakkan setinggi-tinggi kedudukan di dalam RahmatNya dan syurgaNya…

Sesungguhnya kami tidak mengatakan kecuali sesuatu yang diredhai Tuhan,sesungguhnya hati ini menangis dan air mata ini mengalir dan sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kita semua kembali kepadaNya…

Sekiranya Allah menyayangi sesuatu kaum maka akan ditimpakan ke atas mereka bala dan ujian,maka barangsiapa yang redha dengan ujian itu balasanya juga redha(dari Allah)dan barangsiapa yang tidak redha dengan ujian itu maka Allah juga tidak redha kepadanya.Kami redha dengan ketentuan Allah.

Telah datang hadis dari Nabi kita Sallallahu Alaihi Wasallam yang mafhumnya :(Sekiranya mati anak seseorang,maka Allah bertanya kepada malaikatNya(sedangkan Allah Maha Mengetahui): Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu?maka malaikat menjawab :Benar Ya Allah,maka Allah bertanya lagi: Adakah kamu telah mencabut nyawa buah hati hambaku?maka malaikat menjawab :Benar Ya Allah,Allah bertanya lagi:Maka apakah jawapan hambaKu(di atas ujian ini)?berkata malaikat:Mereka bertahmid dan beristirja'(mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raajiun)Maka Allah berkata kepada para malaikatNya :Binalah untuk hambaku rumah di syurga,yang dinamakan Baitul Hamdi(rumah bagi orang yg bersyukur dan redha).

Allah telah mengurniakan kepada seluruh ibu bapa pelajar yang terlibat Baitul Hamdi di dalam syurga,dibinakan khas untuk mereka untuk mereka tinggal di dalamnya.Allah telah menerima pelajar-pelajar tersebut akan bacaan Al-Quran mereka,dan telah menyediakan untuk mereka kedudukan yang tinggi di dalam syurga,dan mereka akan digantikan untuk orang2 Malaysia dan Asia serta umat Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam dengan sebaik-baik gantian,dikumpulkan mereka bersama-sama di dalam syurga Firdaus yang tertinggi dan puji-pujian hanyalah bagi Allah.

Terimalah ucapan takziah ini dari kami dan Ulama’Hadhramaut,juga dari keluarga Darul Mustafa, serta seluruh Maahad yang ada disini serta rakyat amnya والحمد لله رب العالمين.

Credit : habib mahdi alhamid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *