ALHAMDULILLAH

Ada rakan yang bertanya mengapa raja mengambil alih tugas ulama. Jawapan saya ialah setentunya tidak, raja sedang memainkan peranannya sebagai ketua agama Islam.  Ditanya lagi, kenapa bukan ulama saja yang jadi ketua agama, apakah kelayakan raja tentang hal ehwal agama. Jawapan saya ialah ulama peranannya menjaga hukum hakam agama manakala raja itu dibelakangnya ialah institusi kesultanan yang mempunyai kedaulatan menjadi pembenteng kepada kelestarian institusi agama disesebuah negara agar Islam terus dinobat tinggi dan terjaga dari sebarang anasir yang boleh menodai kesucian dan ketinggian agama Islam.  Pada zaman dahulu, pada diri raja itu terhimpun ciri-ciri umara’ dan ulama’, yakni dialah raja sekaligus alim, namun kini apabila ia tidak didapati dalam diri raja maka amat wajarlah raja-raja melantik orang-orang yang arif sebagai wakil mereka untuk memantau dan mempertahan kedaulatan agama di negara ini.  Allahu Akbar.. Daulat Tuanku!

 

 

http://www.kosmo.com.my/terkini/raja-raja-melayu-tubuh-jawatankuasa-tertinggi-institusi-hal-ehwal-islam-1.719197

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *