MELIHAT WAJAHNYA PARA ULAMA ITU AKAN MENGHADIRKAN CAHAYA DI DALAM DIRI

Orang-orang terdahulu apabila mereka menghadiri majlis-majlis ilmu, majlis-majlisnya yang di dalamnya terdapat para ulama maka mereka hadir kerana dua alasan iaitu:  1. Mereka datang kerana ingin talaqqi, mendapatkan ilmu dan juga untuk mendengar, menulis hadis serta mereka ingin bertafaqquh, mempelajari, memahami tentang syariat agama islam.  Ini lebih khusus kepada seseorang yang niatnya memang untuk mencari ilmu. Dia mengosongkan memperuntukkan akan waktunya hanya untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, belajar ilmu yakni para penuntut ilmu.  2. Ada orang-orang yang hadir majlis ilmu tujuannya adalah untuk melihat, tengok cahaya yang ada pada ilmuan tersebut. Mereka memperhatikan, melihat bagaimanakah keadaannya para ulama sebab para ulama itu adalah pewarisnya para Nabi dan juga pewaris cahayanya kenabian Nabi ﷺ.  Maka ketika seseorang itu melihat para ulama, dia akan memperhatikan bagaimana cara para ulama itu bercakap, bagaimana cara perilaku para ulama, macam mana akhlaknya, gelagatnya para ulama tersebut dan sebagainya. Ketika itu ianya seakan-akan para ulama tersebut mengajarkan dengan bentuk keadaannya.  Oleh kerana itu, bukanlah bererti majlis-majlis ilmu itu hanya dikhususkan untuk para penuntut-penuntut ilmu, pencari ilmu sahaja. Akan tetapi, ianya juga turut dibuka seluas-luasnya kepada orang-orang awam untuk sama-sama menghadirinya.  Para ulama pernah menceritakan tentang majlis pada biografinya Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah. Majlisnya Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah di Baghdad. Orang-orang yang hadir di dalam majlisnya itu adalah seramai 5 000 orang.  500 orang daripada 5 000 orang tersebut mereka membawa pen dan juga kertas untuk tulis, mencatit hadis, perkataan daripada apa yang disampaikan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah dan bakinya 4 500 orang yang hadir di dalam majlis tersebut, mereka tidak membawa apa-apa.  Akan tetapi, mereka hanya melihat, memperhatikan bagaimanakah akhlaknya, adabnya Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah sepanjang di dalam majlis supaya mereka dapat menirunya.  Kemudian, pernah diceritakan muridnya Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah. Yang ada di Baghdad ketika dia melanjutkan perjalanannya mencari ilmu menuju ke Mesir.  Suatu ketika itu dua anak murid Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah ini singgah ke suatu kedai untuk membeli sesuatu sambil mulutnya rancak bercerita mengenai perihal Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah. Bagaimana akhlaknya Imam Ahmad Bin Hanbal, bagaimana perilakunya Imam Ahmad Bin Hanbal, bagaimana percakapannya Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah.  Sehingga penjual kedai tersebut mendengar akan apa yang diborakkan oleh dua sekawan itu. Lalu penjual kedai tersebut menanyakan “Engkau pernah nampak Imam Ahmad Bin Hanbal?” Maka mereka pun mengatakan “Ya betul, kami pernah nampak Imam Ahmad Bin Hanbal.”  Kemudian penjual tadi mengatakan “Kalau begitu, barang-barang yang engkau nak beli ini anggaplah semuanya hadiah daripadaku sebagai bentuk penghormatan kedua-dua matamu yang telah melihat Imam Ahmad Bin Hanbal.”  Cuba perhatikan itu adalah bentuk cahaya daripada ilmu kerana itu akan menyinari. Ianya bukan hanya menyinari dirinya sahaja bahkan akan turut menyinari, menerangi orang yang telah melihat orang yang pernah mendapatkan sinar, pancaran cahaya tersebut.  Sebab ada riwayat hadis daripada Nabi Muhammad ﷺ yang mengatakan “Beruntunglah, bertuahlah orang yang pernah melihatku. Dan bertuahlah orang yang pernah melihat orang yang pernah melihatku. Dan bertuahlah orang yang pernah melihat orang yang pernah melihat orang yang pernah melihatku (yakni generasi ketiga).”  Begitulah seterusnya. Apa yang mereka tengok? Sebenarnya yang mereka tengok adalah cahaya daripada hidayah itu tadi. Maka ketika itu seseorang akan menjadi sumber atau punca kepada hidayah orang yang selepasnya.  Mutiara Kata: HABIB AHMAD BIN ABDUL RAHMAN AL-MAQDI HAFIDZOHULLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *