HAKIKAT KEMERDEKAAN DALAM ISLAM

Menurut seorang ulama, hakikat kemerdekaan atau kebebasan adalah:

كون الإنسان عبدًا لله خلقا و شعورًا و خلقا

“Pencapaian manusia menjadi sebagai hamba Allah yang baik dari sudut penciptaan, perasaan mahupun akhlaq.”

Ertinya, seorang manusia, menurut pandangan Islam, barulah akan disebut merdeka bilamana dia sedar dan berusaha keras memperlakukan dirinya selaku hamba Allah subhaanahu wa ta’aala saja dalam segenap dimensi dirinya, baik penciptaan, perasaan mahupun akhlaq. Dan dia menyedari bahawa dia masih belum merdeka bilamana dia masih menghambakan dirinya kepada selain Allah subhaanahu wa ta’aala.

Atau, dengan kata lain, kemerdekaan seseorang atau suatu bangsa sangat ditentukan pada seberapa besar upaya individu atau bangsa tersebut menjadikan kalimah tauhid

لآ إله إلا الله

Sebagai motivator dan sumber inspirasi utama pembebasan diri(jiwa, hati, akal dan rohani) dari dijajah apapun atau siapapun selain ia semua terpaut kepada Allah subhaanahu wa ta’aala. Dan pada dasarnya inilah yang telah didakwahkan oleh Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam dan oleh segenap Nabi dan Rasul lainnya dahulu kala. Tak ada seorangpun Rasul yang diutus Allah kepada ummat manusia melainkan menyampaikan mesej universal untuk ”hanya menyembah Allah dan menjauhi thaghut (syaithan)”.

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu” (QS An-Nahl ayat 36)

Ini pula yang telah disampaikan oleh sahabat Rabi’ bin Amir radhiyallahu ‘anhu saat beliau diutus khalifah Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu untuk berunding dengan negara Parsi. Rabi’ berkata kepada Panglima Parsi bernama Rustum:

ابتعثنا الله لنخرج الناس من عبادة العباد لعبادة الله وحده

“Kami (umat Islam) diutus Allah untuk mengeluarkan manusia dari penghambaan sesama hamba untuk menghamba kepada Allah semata.”

Sehingga Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam berhasil dengan gilang-gemilang mengeluarkan bangsa Arab dari kubangan kegelapan jahiliah kepada kecemerlangan kehidupan dan peradaban di bawah naungan redha Allah ‘Azza wa Jalla. Sehingga tampillah suatu masyarakat berperadaban baru yang menyerahkan segenap dimensi kehidupannya mengikuti apa-apa yang diturunkan Allah subhaanahu wa ta’aala. Sehingga lahirlah suatu ummat terbaik (khairu ummah) yang tidak terjajah jiwa dan minda mereka kepada apapun dan siapapun selain kepada Allah subhaanahu wa ta’aala mereka berpaut.

Kesimpulannya ialah kemerdekaan dan kebebasan seorang manusia itu adalah daripada segala halangan dalam mencapai kepada kesempurnaan seorang manusia.

Apa sahaja halangan yang boleh menyebabkan seseorang itu terhalang daripada mencapai kesempurnaan di sisi Allah سبحانه وتعالى maka selagi itu dia masih lagi belum bebas selagi itu dia masih lagi belum merdeka. Maka seseorang hamba Allah itu adalah benar-benar bebas dan juga merdeka apabila dia menyempurnakan maksud dan tujuan dia diciptakan oleh Allahسبحانه وتعالى.

“Dan tujuan kita diciptakan adalah sebagai hamba Allah سبحانه وتعالى dan khalifah-Nya. Dan memahami kepada konsep kemerdekaan iaitu bebas daripada segala perkara yang menghalang manusia daripada menjadi manusia sempurna menjadi insan kamil

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *