FITNAH, KEJIAN DAN NISTA

Membaca posting fb akhir-akhir ini semakin banyak kata-kata fitnah, kejian dan nista yang dicoretkan oleh mrk yg jika disemak pengenalan dan personalitinya ramai yg mempunyai latar belakang agama dan berpelajaran. Ada di kalangan mereka yg berstatus ustaz, pensyarah, pelajar kolej agama, pendokong aliran dan gerakan keagamaan sama ada yg berorientasikan hadis, fiqh bahkan tasawuf, termasuk juga pendokong parti politik. Yang pasti mereka ini adalah Muslim, dan yang dikeji pula adalah saudara seagamanya juga iaitu Muslim. Masing-masing berhujah dgn sandaran agama. Seolah-olah Islam menganjurkan sikap dan kebiadaban sedemikian. Seolah Islam diwahyukan utk diperalatkan utk kejian dan nista masing-masing.

Mungkin masing-masing puas dan merasakan itulah yg sepatutnya mereka perjuangkan sebagai Muslim, sebagai org yang terpelajar daripada kalangan Muslim. Mereka hebat pula mempertahan dan menjustifikasikan kata-kata nista mereka terhadap saudara Muslim mrk. Mereka yg dikeji itu pula berbagai, mengikut medan masing-masing. Yang berpolitik mengutuk ahli dan faham politik, yg berbicara ttg isu fiqh pula mengeji individu dan faham fiqh yg lain, bahkan yg bergiat dalam tasawuf dan tarekat juga tidak terlepas mengeji aliran dan individu lain dalam fahaman dan tarekat tasawuf yang lain.

Perdebatan dan keji mengeji ini tidak akan ada penghujung kerana masing-masing sibuk menilai orang lain. Ia hanya akan berhenti apabila mereka ini sedar dan mula menilai diri sendiri. Di kala itu, mereka mula sedar bahawa dirinya sendiri pun tidak sempurna, banyak kekurangan, masih jauh dari Allah SWT, masih biadab sebenarnya. Hakikat diri sebagai insan masih belum dikenali dan diusahakan tuntutan sebenarnya. Mereka hanya sangka dan kenal diri mereka sebagai ustaz, ilmuwan, ahli politik, faqih, sufi dan sebagainya, tapi bukan sebagai insan. Apatah lagi sebagai insan yg dipinjamkan umur dan kewujudannya di dunia ini utk mempersiapkan diri menuju Allah SWT, insan yg tidak tahu bila dia akan mati sedangkan kematian blh menjemputnya bila-bila masa tanpa pengetahuannya.

Semoga Allah SWT membimbing kita semua dan menjauhkan kita dari terlibat dgn sikap dan kecenderungan sebegini. Amin.

Oleh : Prof. Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *