ALLAH MENGETAHUI KETIDAKSERIUSANMU…!

“Allah mengetahui ketidakseriusan hamba-Nya dalam berhubungan dengan-Nya, sehingga Dia menjadikan ketaatan kepada-Nya sebagai kewajipan mereka. Maka, Allah menggiring mereka pada ketaatan dengan rantai kewajipan. Rab-mu kagum dengan orang-orang yang digiring ke syurga dengan rantai itu.”

–Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam

Sahabatku, Allah SWT Maha Mengetahui tentang perilaku dasar manusia yang mudah lupa dan lalai, kerana itu Dia memerintahkan kita untuk mengingat-Nya, berdoa kepada-Nya, serta melaksanakan kewajiban ibadah.

Kita harus jujur, sebahagian dari kita memang memerlukan “pengingat” dalam melaksanakan kewajiban ibadah secara formal. Sebahagian yang lain, ada pula yang lebih menginginkan pengetahuan makrifatullah dan pencerahan batin.

Hanya sedikit di antara kita yang benar-benar memuja dan menyembah Allah sebagai curahan hasrat mereka yang benar-benar berkehendak kepada Allah. Ingatlah, bahawa sebenarnya ketaatan, kepatuhan, dan pelaksanaan kewajiban adalah rambu-rambu jalan menuju syurga-Nya. Sedangkan ketaatan dan kepatuhan pun tetap dari anugerah Allah jua.

Kita sering lemah dalam ketaatan, tapi Dialah yang menguatkan hamba2Nya. Nafsu kita berhala yang menjadi asbab kita lalai dan longlai, tapi itu juga suara dari Dia sekadar menguji keutuhan cintamu dan makrifat mu.

Dekatlah dirimu kepada Allah dengan melawan dirimu. Lakukan disebalik daripada apa yang diri jasadmu mahu… sedang apa yang dia mahu sering memandang wajah2 disebalik wajah kegelapan yang membelakangi wajah2 Allah. Sedang terang mahupun gelap adalah pasangan yang menyempurnakan sesama mereka.

Tetaplah kebersamaan dengan Allah… Tuhanmu yang menguji kamu dengan langkah longlai dan kemalasan dalam ketaatan, sedang ghaflah atau lalai dari ingat Allah itulah punca kemaksiatan dan kejauhan dari disisi Tuhanmu.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *