JOM BERPUASA SUNAT 10 MUHARRAM

Puasa ‘Asyura (10 Muharram) adalah puasa sunat yang sangat dituntut.

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka)

“Puasa yang paling utama setelah puasa bulan ramadhan adalah puasa pada bulan ALLAH yang kalian sebut bulan muharram, dan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam(Qiamullail).“ (HR.Muslim)

Daripada Abu Qatadah r.a : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a beliau berkata:“Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat Muslim).

أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ

“Dan puasa di hari ‘Asyura(10 Muharram) , sungguh saya mengharap kepada ALLAH boleh menggugurkan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

*4 Kaedah Puasa Asyura*

1- Puasa 10 Muharram sahaja
2- Puasa 9 dan 10 Muharram (Afdhal)
3- Puasa 10 dan 11 Muharram
4- Puasa 9,10 dan 11 Muharram

📌Azamkan diri untuk berpuasa Sunat pada *19 & 20 september ( Hari Rabu & Khamis ini )*..iaitu *9 dan 10 Muharram* kerana itu yg paling afdhal..

Selain berpuasa, sebenarnya kita dapat menyempurnakan cita² dan hasrat hati Rasulullah s.a.w yg ingin berpuasa 9 dan 10 Muhararm pd tahun yg berikutnya.. kita semua azam untuk berpuasa in sya ALLAH..

Oleh : Us Khann Daie

One Reply to “JOM BERPUASA SUNAT 10 MUHARRAM”

  1. Alhamdulillah. Terima kasih ustaz Iqbal. Ilmu² yg ust sampaikan sangat terkesan dihati byk merubah sy. Allahu ya ‘Alim ya Hakim ya Hadi ya Latif ya Wadud..
    Mohon ust Iqbal doakan Madrasah Nur Ikhwan Keningau, pengusahanya puan Rosnani Abdullah. Kami bercita² menghantar para pelajar kami ke Tarim, Yaman. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *