THANIYAH AL WADA’

Kita selalu bernasyid Tala’al Badru alayna apabila tibanya tahun baru Islam satu lirik yang amat popular iaitu
طلع البدر علينا من ثنية الوداع
Telah muncul bulan purnama kepada kami, dari tempat bernama Thaniyah al Wada..

Pernahkah kita tanya apakah kisah yang berlaku di Thaniyah al Wada’?

In sya Allah Baba Umeir akan cuba menceritakan secara ringkas di mana , apakah kisah dan pengajaran yang boleh diambil dari tempat tersebut, dan paling utama kenapa yang menyambut Nabi SAW di Thaniyah al Wada dari kalangan wanita Madinah, bukannya kaum lelaki yang menyambut Nabi SAW di sana.

1. Thaniyah al Wada adalah jalan yang sempit antara dua bukit Madinah iaitu Bukit Sila’ سلع dan Bukit al Labah اللابة.

2. Thaniyah al Wada merupakan lorong gelap dan tempat di mana gangster gangster orang Yahudi berkumpul untuk merancang perkara jahat di Madinah. Di sana ramai peminum arak berkeliaran. Malah ia juga sarang Perompak dan penyamun berada. Digelar tempat tersebut al Wada’ kerana mereka (orang orang baik) datang ke sana seolah olah untuk ucap selamat tinggal kepada kehidupan ini. Kebanyakan yang masuk ke sana tidak pulang lagi ke kampung halaman sama ada mati di sana atau terjebak dengan kumpulan samseng.

3. Penduduk Arab di Madinah ketika itu dari Aus dan Khazraj amat takut untuk menghampiri Thaniyah al Wada. Ia seolah olah satu tempat berpuaka, tidak boleh dihampiri oleh orang Arab. Ini kerana orang Yahudi di madinah menakut nakutkan mereka bahawa jika orang Arab pergi ke sana pasti mereka tidak akan pulang lagi buat selama lamanya. Dan orang Aus dan Khazraj amat percaya dengan apa yang disebarkan oleh orang Yahudi ini.

4. Para Sahabat yang mulia yang telah tiba di Madinah dan penduduk Madinah menunggu kedatangan Rasulullah SAW di pintu masuk utama Bandar Yathrib ketika itu. Mereka sama sekali tidak menyangka Baginda akan datang dari arah Thaniyah al Wada’.

5. Tetapi Allah Taala telah memerintahkan kepada unta Baginda supaya melalui jalan tersebut, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat RA yang ingin memegang tali unta (دعوها فإنها مأمورة)
“biarkan ia, sungguhnya ia telah diperintahkan oleh Allah Taala”.

6. Mengapa Baginda SAW melalui Thaniyah al Wada’, tidak melalui jalan utama? Ini kerana Rasulullah SAW ingin membuktikan bahawa apa yang digembar gemburkan oleh Yahudi bahawa Thaniyah al Wada tempat berpuaka adalah tidak benar dan tipu semata mata. Ia hanyalah berita untuk menakut-nakutkan Arab Aus dan Khazraj sahaja.

7. Oleh sebab itu wanita Arab yang tidak ikut kaum lelaki menunggu Baginda SAW datang dari jalan utama terkejut melihat kemunculan Rasulullah SAW dari arah Thaniyah al Wada’.

8. Lalu mereka pun menyambut Baginda sambil berkata:
طلع البدر علينا** من ثنيات الوداع
وجب الشكر علينا ** مادعى لله داع
أيها المبعوث فينا** جئت بالأمر المطاع
جئت شرفت المدينة **مرحبا ياخير داع

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *