CACING – PUN BERSELAWAT 1000 KALI

Dikisahkan,..
Suatu ketika Nabi Daud as sedang duduk di tempat ibadah beliau sambil membaca kitab Zabur. Tiba-tiba beliau melihat ada seekor cacing merah sedang berjalan di tanah.

Hati kecil beliaupun berbisik,
“Apa yang Allah inginkan dari cacing ini? Apakah agaknya hikmah Allah menciptakan cacing ini?”

Dengan izin Allah, cacing itupun dapat berbicara. Ia pun berkata,

“Wahai Nabi Allah, jika di siang hari, Allah memerintahkanku untuk berzikir:

سبحان الله والحمد لله و لا اله الا الله 1000x
‘Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaha illallah’ seribu kali,

Sedangkan dimalam hari Allah memerintahkanku untuk berselawat
اللهم صل على محمد النبي الامي و على اله و صحبه و سلم 1000x
‘Allahumma sholli ‘ala muhammad nabiyyil ummi wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam’ seribu kali setiap malam.

Sedangkan engkau wahai Nabi Daud, apa yang engkau ucapkan, agar aku dapat mengambil manfaat darimu?”

Nabi Daud pun menyesal telah meremehkan seekor cacing. Dan beliau pun kemudian bertaubat, memohon ampun kepada Allah SWT.

Ternyata,…
Demikian indah hidup seekor cacing yang acapkali kita remehkan,…
Ternyata, lisannya senantiasa basah dengan zikir dan selawat…
Padahal, ia tak pernah bermaksiat,..

Lantas,..
Bagaimana dengan lisan kita???
Seberapa sering lisan ini berzikir??
Seberapa banyak selawat yang keluar dari lisan yang penuh maksiat ini???

Akankah kita, yang diberi begitu banyak kelebihan oleh Allah, kalah dengan seekor cacing dalam ketaatan kepada Allah???

Ya Robb berilah taufiqMu untuk kami…
Jadikan kami termasuk golongan ahli zikir, yang senantiasa membasahi lisan kami dengan zikir dan selawat,

Jangan biarkan sedikitpun waktu kami berlalu kecuali bertambah amal kami untuk hari perjumpaan denganMu…

اللهم اعنا على ذكرك و شكرك و حسن عبادتك
“Ya Allah tolong kami untuk senantiasa mengingatMu, mensyukuri nikmat-nikmatMu, dan beribadah dengan baik kepadaMu”

Sumber: Mukasyafatul Qulub – Imam Ghozali rah.a.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *