ADAB ROHANI MASUK KE KOTA MADINAH

Imam al-Ghazali (rah) menyebutkan bahawa; “Apabila pertama kali kamu terlihat akan Madinah hendaklah perkara2ini masuk ke fikiran bahawa inilah kota yang mana Allah telah pilih untuk utusan-Nya dan tempat Baginda berhijrah untuk perlindungan dan keselamatan. Inilah kota yang mana Allah telah mewahyukan kepada Baginda tentang tugas2 kewajipan bagi orang Islam. Baginda menganjurkan sunnah bagi agamanya dan di sinilah tempatnya dimana Baginda berjuang menentang musuhnya. Di sinilah agamanya mendapat kemenangan dan kejayaan. Di sinilah Baginda giat berjuang sehingga menemui kewafatannya. Di sinilah setiap tanah pernah dilalui jalan2nya lalu menjadi bekas2 tapak langkah Baginda. Fikirkanlah anda sedang memijak tanah yang sesungguhnya terdapat bekas2 tapak kaki Rasulullah saw. Sentiasalah sedar keagungan dan keistimewaan Baginda disisi Pencipta. Sentiasalah ingat bahawa namanya digandingkan di sebelah nama Allah di Arasy-Nya yang mulia. Bayangkanlah seolah-olah anda berada bersama para sahabat yang pernah Rasulullah saw, melihat kepadanya, mendengar kepadanya dan memperoleh manfaat dari Baginda ﷺ “.(selesai)

* Dikau Kekasih Hatiku, Ya Rasulullah ﷺ
Engkaulah Kecintaan Jiwaku. Rinduku masih belum terubat, sungguhpun sudah ziarah. Sekalipun menangis berair mata darah.
Hatiku tetap merinduimu ya Rasulullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *