BACAAN DIHADAPAN MAQAM RASULULLAH ﷺ

Adalah diriwayatkan dari Ibnu Abu Fudaik bahawa apabila seseorang berdiri di kawasan maqam Rasulullah lalu membaca ayat Quran ini:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

dan kemudian menyebut sebanyak 70kali ucapan berikut: الصَّلوٰةُ وَالسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا مُحَمَّدٍ

maka seorang malaikat akan berkata kepadanya “Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atasmu juga wahai fulan”. Dan kemudian Allah menunaikan hajat keperluannya.

(Riwayah al-Bayhaqi)

Mulla Ali Qari menyebutkan adalah lebih baik jika umat ini membaca Ya Rasulullah sebagai ganti kepada Ya Muhammad, kerana itu lebih beradab dan afdhal.

Rujukan:
Fadhilat al-Haji wa al-Umrah oleh Mawlana Zakariyya Kandahlawi

SELAMAT BERAMAL!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *