TEMPAT RASULULLAH MENG-IMAM-KAN SOLAT KETIKA MENGHADAP KE BAITUL MAQDIS

TEMPAT RASULULLAH MENG-IMAM-KAN SOLAT KETIKA MENGHADAP KE BAITUL MAQDIS

Disebutkan oleh ahli Madinah secara nukilan turun temurun bahawa ditempat saya berdiri ini adalah di mana Rasulullah gunakan sebagai tempat imam ketika solat berjemaah menghadap ke Baitul Maqdis, Palestin sebelum ayat turun memerintahkan untuk menghadap Ka’bah.

Rasulullah bersama umat Islam sempat solat ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan semenjak awal ibadah solat ditunaikan pada fasa terakhir Baginda di Mekah.

Saya diberitahu oleh orang rapat al-Marhum Abuya Muhammad bin Alawi al-Maliki bahawa Abuya sering dilihat beriktikaf duduk di tempat tersebut. Kedudukannya adalah bertepatan di belakang lantai Ashabus Suffah, berdekatan Bab al-Nisa’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *