PERKUBURAN JANNATUL MA’LA

Pemakaman al-Ma’la atau al-Mu’alla adalah tempat di mana isteri kesayangan Rasulullah saw, Siti Khadijah dikebumikan. Selain beliau, beberapa sahabat Nabi SAW yang dimakamkan di al-Ma’la adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Yasir bin Amar, Asma’ binti Abu Bakar Siddiq.(r. anhum)

Menurut Abuya Sayyid Muhammad al Maliki(rah), setidaknya ada 45 sahabat Nabi SAW yang gugur dan dimakamkan di pekuburan al-Ma’la.

Juga dimakamkan disini putra Nabi Muhammad saw bernama Qasim bin Muhammad(saw) yang meninggal dunia ketika masih kecil. Datuk Rasulullah SAW, Abdul Muthalib, dan pakcik Baginda, Abu Thalib turut disemadikan disini.

Pemakaman al-Ma’la sangat istimewa. Dalam hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud ra, Rasulullah saw bersabda , “Allah membangkitkan dari tempat ini (pemakaman Ma’la) dan seluruh tanah Haram 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab atau tanpa perhitungan dosa. Setiap orang dapat membawa 70,000 orang. Wajah mereka cerah dan bersinar bagaikan bulan purnama.”

Pokok yang ditanda bulatan merah dalam gambar di bawah adalah dimana terletaknya secara tepat maqam Siti Khadijah (ra).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *