STATUS TERKINI KITAB “ALLAH: SYARIAT DAN HAKIKAT”

Merujuk kepada Keputusan Mesyuarat bernombor JAI. Sel.Bpp/04/001/02Jld.4(36) yang telah dibuat oleh Panel Jawatankuasa Pengawalan Akidah di Jabatan Agama Islam Selangor berkenaan kitab Allah: Syariat Dan Hakikat(ASH) adalah kitab tersebut tidak menyimpang dari aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sahih.

Dalam keputusan tersebut terkandung didalamnya gesaan untuk umat Islam kembali kepada kefardhuan setiap individu mukmin untuk mendalami ilmu aqidah, syariah(fiqh) dan tasawuf sebagai ilmu-ilmu yang wajib dipelajari.

Keputusan ini juga menyertakan gesaan untuk kitab ASH diajarkan secara khusus kepada masyarakat dengan cara bertalaqqi yakni kaedah pengambilan ilmu secara bersemuka dengan ahli ilmu bukan hanya sekadar membacanya tanpa guru.

Komentar:
Keputusan ini amat bermakna kerana ia kembali kpd prinsip asal menuntut ilmu agama iaitu penekanan kepada ilmu-ilmu yang wajib dipelajari dengan kaedah bertalaqqi (bersemuka) . Tambahan lagi kitab-kitab agama sememangnya hendaklah dipelajari secara bersanad (berantaian hingga ke sumbernya). Berkata alim ulama “jika tiada guru maka syaitanlah gurunya” .

Harap maklum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *