MENGENAL ALLAH DENGAN SYARIAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT

Berkata Al-Habib Umar bin Hafidz:

Kita memuji Allah yang telah memuliakan kita dengan wujudnya ahli basirah(orang terbuka mata hatinya) yang dapat membantu untuk membuka mata batin orang lain (tabsir).

Kita bersyukur kepada Allah yang memancarkan cahayaNya kepada ahli qulub(orang yg suci hatinya) bagi membantu orang lain pula mendapat cahaya dari Allah untuk hati mereka (tanwir).

Akal adalah kurniaan Allah yg sgt besar kpd manusia. Allah menciptakannya sebagai alat yang penting untuk mencapai hakikat.

Seseorang yg menggunakan akalnya dengan baik untuk memahami hakikat maka dia akan menggapai makam yg tinggi disisi Allah sehingga hatinya dibawa ke dalam lautan hakikat dan cahayanya.

Akal merupakan roh idhofi iaitu perkara rohani yg bernisbat kepada roh. Manusia adalah penyimpan rahsia Allah kerana roh yg ada padanya ialah hembusan Allah sebagaimana Firman-Nya, ” Tatkala Aku sempurnakan kejadian insan lalu Aku tiupkan rohKu kedalamnya maka mereka (malaikat) sujud kepadanya”.

Akal juga dikenali sebagai Latifah Ilahiyyah(perkara halus yang berbangsa kepada Tuhan). Selain akal, perkara rohani yang juga termasuk Latifah Ilahiyyah ialah roh, hati(qalbu) dan nafsu(jiwa). Kesemua ini ialah rahsia halus (sirr) yg Allah letakkan dalam diri insan sebagai perantara untuknya mencapai hakikat.

Nafsu sungguhpun ia selalunya difahami sebagai sesuatu yg buruk dan jahat namun sebenarnya nafsu mempunyai tingkatan2nya. Nafsu yg buruk ialah yg berada pd tingkatan yg bawah iaitu nafsu ammarah dan lawwamah. Manakala tingkatan2 yg berikutnya iaitu nafsu mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah, kesemuanya ini adalah nafsu yg baik lg terpuji.

Pada rohani manusia pula terdapat martabat2 wujudnya yg tersendiri iaitu roh merupakan batin kepada qalbu manakala sirr(rahsia) adalah batin kepada roh.
Qalbu➡️roh➡️sirr. Maka sirr adalah perkara yang plg mendalam didalam batin manusia.

Adapun hati, ia adalah tempatnya makrifat (mengenal Allah) . Adapun roh, ia adalah tempatnya mahabbah(cinta Allah). Manakala sirr adalah tempatnya musyahadah (penyaksian mata batin kepada Allah).

Seseorang yg tidak mengenal hatinya maka dia tidak akan dapat mencapai pengenalan alam roh. Demikian juga seseorang yg tiada mencapai hatinya kepada alam roh, tiada pula dia dapat menggapai alam rahsia.

Imam Abdullah al-Eidrus menyebutkan bahawa zikir yg dapat membantu seorang insan dibawa kepada alam qalbu ialah memperbanyakkan La ilaha illa Allah, manakala zikir yang dapat membuka hatinya sehingga menembus ke alam roh pula ialah memperbanyakkan Allah Allah dan zikir yang dapat menyampaikannya kepada alam rahsia(sirr) ialah Hu Hu(DIA).

Seseorang yang mematikan nafsu jahatnya maka akan hidup hatinya. Nafsu jahat apabila dibiarkan hidup umpama ular yg berbahaya.

I. Haddad menyebutkan, “berjalanlah menuju Allah sedang nafsumu dimatikan”.

Bukti kesempurnaan akal seorang yg berjalan menuju Allah ialah apabila dia dapat mengakui kelebihan rakan sebaya dan seangkatan dengannya serta memuji mereka dengan kelebihan yg dimiliki. Seseorang yg dapat melakukan hal demikian, hatinya akan disiapkan untuk meningkat tinggi dalam bermakrifat kepada Allah.

Natijah dari makrifat kepada Allah ialah dia berakhlak baik sesama manusia. Untuk memuliakan seorang yg lbih tinggi kedudukannya adalah mudah namun mengiktiraf kemuliaan orang2 yg seangkatan dengannya atau orang yg lebih rendah kedudukannya adalah sukar kecuali seseorang yg mencapai kesempurnaan sifat tawaduk.

Seseorang yg merasa susah untuk mengakui kelebihan orang yg hidup sezaman dgnnya maka dia akn lbih sukar lg untuk mengakui kelebihan orang2 yg terdahulu.

Selagi mana seseorang yg mulia itu berpegang dgn syariat, maka kemuliaan itu hendaklah diakui tidak kira dizaman mana pun mereka berada.

Hadis menyebutkan bahawa Boleh jadi seseorang yg disampaikan ilmu setelah kamu lebih memahami dari kamu yg mendengar secara terus.

Sungguhpun begitu, telah menjadi tradisi sikap ulama Ahlus sunnah wa al-jamaah untuk memuliakan orang2 yg terdahulu.

Sesiapa yg mendakwa dirinya mencapai hakikat namun dia merendahkan orang2 mulia sebelum mereka, ini adalah tanda ketidaksempurnaan akalnya dlm mencapai hakikat dan makrifat.

Demikian kita dapat lihat bhwa para Anbiya yg dtg silih berganti, mereka saling membenarkan Nabi-Nabi sebelum mereka dan mengakui kelebihan mereka.

Tanda seseorang yg tawaduk ialah apabila dia redha seandainya dia dilayani dengan layanan yg tidak sepatutnya.

Seseorang yg memiliki sifat tawaduk adalah tanda kesempurnaan akalnya. Seseorang yg mendapat kesempurnaan tawaduk ialah orang yg melihat dirinya langsung tidak ada hak utk ditunaikan oleh org lain, sungguhpun dia sebenarnya orang yg tinggi darjatnya.

Pd suatu hari, al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas sedang berjalan disebuah lorong, tiba2 seorang wanita yg sedang menyapu rumahnya ditingkat atas telah membuang debu dan abu di rumahnya ke arah bawah tanpa mengetahui ada al-Habib disitu lalu baju beliau menjadi kotor. Anak muridnya ingin mengetuk pintu untuk menegur perbuatan wanita itu namun dilarang oleh al-Hbb dan mengatakan, ” aku lebih layak untuk dihumban api ke arahku maka lemparan abu dan debu ini hanyalah hal yg kecil bagiku”.

Seorang yg ikhlas, tandanya ialah apabila dia melaksanakan kebenaran untuk Allah redha dengannya maka tidak kisah seandainya manusia marah dan kritik kepadanya. Pujian dan kejian orang terhadapnya adalah sama, sokongan atau kritikan orang adalah sama baginya kerana yg penting Allah redha dengannya.

Berkata Sayyidina Ali, “Mutu ibadah seorang hamba adalah bergantung kepada pembangunan akalnya”.

Kita memohon kepada Allah semoga menerima amalan dan perhimpunan ini, mendekatkan diri kita kepadaNya dengan sebenar2 dekat(zulfa), menjadikan kita orang2 yg khusus dlm mengikuti orang2 terdahulu serta dikurniakan ilmu yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin.

– Pengajian Kitab Hikam al-Haddad, Subuh, 2 Oktober 2019, Masjid Taqwa, Kg. Gita, Kuching.
Catatan alfaqir iqbal zain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *