PENGAJIAN HIKAM 2 – HABIB UMAR

Berkata Al-Habib Umar bin Hafidz:

Kita hendaklah bersyukur apabila kita dimuliakan dengan nikmat hati yang sentiasa merasa hina menjadi pengemis di hadapanNya(tazallul) dan kita hendaklah berdoa agar hati sanubari kita disampaikan ke HadratNya(al-wusul)

Seseorang mukmin yang telah mencapai hakikat iman ialah apabila hatinya dipenuhi dengan Allah, mencintai-Nya dengan kadar makrifatnya kepada Allah dan sentiasa tenang jiwanya lantaran sibuk mengingati Allah.

Ketenangan dan kelazatan yang dirasai oleh orang yang mengingati Allah adalah lebih hebat dari keseronokan yang dirasai oleh orang2 yang leka dengan hiburannya.

Al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas ditanya kenapa beliau bangun qiyamullail terlalu lama, bukankah itu amat meletihkan. Beliau hanya diam sehingga pada suatu malam Al-Habib bersama si penanya melintas majlis hiburan yang pesertanya berseronok sehingga ke lewat malam maka beliau berkata, “lihatlah orang2 ini tidak merasa letih berjaga malam kerana hiburan ini, ketahuilah keseronokan yg aku rasai bermunajat kepada Allah adalah lebih lazat dari hiburan ini, kerana itulah aku tidak letih beribadah qiyamullail dengan waktu yang lama”.

Ada diantara para wali Allah yang sangat lazat ketika membaca Al-Quran sehingga khuatir kalau2 tidak mendapat lagi pahala akhirat kerana kelazatannya telah pun didahului didunia. Ini sebenarnya tanda tawaduknya hati mereka

Para ahli zauq(orang yg merasai dengan pengalaman rohani) mempunyai tingkatan yang berbeza2 dalam merasai kemanisan iman. Ada di kalangan mereka yg tinggi kerohaniannya tidak lagi merasa lazatnya ibadah kerana mereka telah sampai pada tingkatan rohani yg lbih tinggi iaitu merasa kelazatan kebersamaan(jam’iyyah) dengan-Nya dan menyaksikan Allah dengan mata hatinya(syuhud). Bahkan mereka menjadikan ibadah sebagai jalan untuk meningkatkan makrifat mereka dan keintiman dengan Allah (al-uns).

Orang2 yg sudah sampai kepada hal demikian melihat bahawa orang2 yg hanya berpuas hati dengan kelazatan ibadah semata2 adalah sebenarnya dia telah terhijab dan terbantut perjalanan rohaninya kerana berhenti di perhentian tanpa meneruskan kepada kelazatan yang lebih memuncak iaitu kelazatan memandang Allah dengan mata batinnya.

Maka hendaklah orang2 yg merasai kelazatan ibadah mengetahui bahawa ada kelazatan yang lebih tinggi darinya iaitu kelazatan makrifat dan syuhud.

Matlamat sebenar di sebalik ibadah ialah agar terbuka mata hati menyaksikan Allah didunia(syuhudul Haq Taala) dan menyaksikan-Nya dengan sebenar2 penglihatan di akhirat serta memperoleh kedekatan dengan Baginda ﷺ

Oleh itu, ibadah adalah bayang-bayang manakala menyaksikan Allah adalah hakikat disebalik bayang-bayang. Imam al-Haddad menyebutkan bahawa hanya orang yang bodoh saja yg rasa berpada dan mencukupi dengan bayangan tanpa mencapai hakikatnya. Lebih bodoh lagi jika seseorang itu tidak ambil peduli langsung dengan bayang2 maka bagaimana dia boleh sampai kepada hakikatnya.

Alangkah bodohnya orang yang tidak mengenal hakikat dirinya, betapa jauhnya orang yang tidak berkeinginan untuk dekat kepada jalan yang boleh menyampaikannya kepada hakikat.

Al-Hbb Abu Bakar al-Attas menyebutkan bahawa ibadahku kepada Allah bukan kerana syurga dan bidadari, akan tetapi agar terangkatnya hijab dan tersingkapnya pendinding antara hatiku dengan Pencipta (kashful sutur).

Seseorang yang terbuka hijab hatinya kepada hakikat maka Allah melimpahkan kedalam jiwanya rahsia2 Allah, rahsia syariat dan rahsia kedekatan hubungan antara Pencipta dan ciptaanNya, maka hendaklah dia menjaga rahsia Allah yang di anugerahkan kepadanya dan tidak menyebarkannya melainkan kepada ahlinya yang mengerti atau jika pd sebaran tersebut dapat membawa manfaat dan kebaikan kpd manusia lain.

Menjaga rahsia Allah adalah termasuk adab kepada Allah yang perlu dipelihara

Menjaga aib sesama manusia adalah juga termasuk menjaga rahsia Allah. Seseorang yang tidak menjaga rahsia saudaranya yg lain adalah sebenarnya orang2 yg khianat. Seseorang yg berkhianat sesama manusia memiliki hati yang tidak layak memikul rahsia Allah dan nama-namaNya.

Seseorang itu dikurniakan rahsia makrifat Allah adalah kerana dia bermujahadah menyucikan hatinya, rahsia tersebut tidak diberikan Allah kepada orang2 yg berkhianat sesama manusia.

– Pengajian Kitab Hikam al-Haddad, Subuh, 1 Oktober 2019, Faidhur Rahmah Sungai Penchala.
Catatan alfaqir iqbal zain.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *