Hapuskan hadas bathinmu…

Berkata Al-Habib Ali al-Jufri حفظه الله :

Para ahli makrifat (al-Qawm) apabila berbicara dan mengarang kitab atau syair, ianya adalah terbit dari citra rohani/perasaan qalbi (al-mawajid) mereka. Mereka mempunyai istilah yang tersendiri dalam ilmu ini yang tidak sewajarnya orang lain cuba memahami secara bahasa zahir semata2.

Seseorang yang tidak mempelajari istilah2 dalam ilmu makrifat akan mudah menyesatkan ilmu ini. Seperti ilmu2 lain yg mempunyai istilahnya (terminologi) tersendiri, demikianlah halnya dengan ilmu makrifat. Istilah2 dalam ilmu makrifat hendaklah dipelajari dari ahlinya.

Ilmu tasawuf terbahagi kepada dua iaitu tasawuf amali dan tasawuf wijdani. Tasawuf amali adalah berkaitan dengan amalan tazkiyatun nafs(penyucian jiwa) manakala tasawuf wijdani adalah berkaitan dengan pembukaan (futuh) yang berlaku dalam hati sehingga mengalir cahaya hakikat kedalam qalbunya.

Ilmu ini hakikatnya bukan berada pada kitab, kerana kitab boleh dipelajari oleh sesiapapun termasuk orang2 fasiq dan ahli batil. Sebaliknya ia diperolehi dari didikan guru yang benar dan natijah taqwa dalam hatinya menghasilkan singkapan hakikat dan kefahaman yang tidak terdapat didalam kitab, ianya dipanggil ilmu ladunni dan ilham dari Allah. FirmanNya, ” Dan bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajarkanmu ilmu”. Dengan ilmu yg khusus tersebut, syuhudnya (penyaksian batin) akan meningkat tinggi.

Oleh kerana ilmu ini adalah “ilmu rasa” yang terdapat dalam batin maka istilah yang digunakan adalah berbeza2 menurut ahli makrifat dalam mengungkapkan “perasaan qalbi” mereka. Hikmah perbezaan ini adalah supaya pelajar yg ingin menuntut ilmu ini hendaklah lebih serius dan bersungguh2 dalam mujahadahnya.

Sebelum kita mempelajari ilmu makrifat, hendaklah kita menghadirkan dengan mendalam penghayatan (zawqi) terhadapnya kerana ia adalah kunci kejayaan di jalan ini dan merupakan pintu keterbukaan hati dan wusul (ketibaan) kepada Allah.

Menurut Imam Junayd al-Baghdadi, penghayatan yg pertama ialah ketiadaan daya upaya dan kekuatan pada kita. Yakni kita tidak terlepas bebas dari Allah sedikit pun. Dalam perjalanan rohani ini, hati hendaklah sentiasa bersandar penuh kepada Allah, hanya dengan pertolonganNya sahaja, seseorang dapat menempuh perjalanan ini dengan lurus.

Berikutnya, seorang murid yg ingin sampai ke Hadrat Allah hendaklah menyucikan dirinya dengan “air ghaib”. Hati yg didalamnya berpaling kepada selain Allah adalah merupakan hadas(kotoran) batin. Hati yg berpaut kpd dunia hendaklah diangkat hadas tersebut dari hatinya dengan “wudhu” .

Pengertian wudhu’ disini ialah syuhud kepada Allah dengan cara memperolehi ilmu mengenal Allah (al-‘ilmu biLlah). Dan dengan memalingkan syuhudmu terhadap alam jasmani kepada syuhud terhadap hakikat (al-ma’ na). Alam jasmani yg tampak ini pada zahirnya kelihatan wujud namun sebenarnya ia adalah tiada (‘adam). Yakni seandainya bukan kerana wujudnya Allah pasti alam ini tidak wujud. Alam ini tidak wujud dengan sendirinya tanpa Allah. Maka pada hakikatnya alam ini tidak wujud, wujud yg hakiki hanyalah Allah.

Wujudnya alam ini ialah petanda kepada wujudnya Allah. Seseorang yang terhijab dari Allah ialah orang yg hanya sibuk hatinya dengan alam ini lalu terlupa kepada Siapa disebalik alam ini. Syuhudnya kepada alam ini telah melupakannya kepada Yang Mewujudkan segala2nya.

Kegelapan hijab dihatinya menjadi berlapis2 dgn pelbagai bentuk waham(persepsi salah) sehingga menyangka yg memberi manfaat dan mudarat ialah alam ini. Hatinya sibuk dengan pemberian namun melupakan Yang Maha Pemberi. Jiwanya sibuk dengan kurniaan namun leka terhadap Maha Pengurnia.

Hati yg terbuka hijab, dia tidak melihat alam ini tetapi melihat Allah. Maksud “melihat Allah” ialah melihat Pelaku pada perbuatanNya, melihat Pemilik perbuatan pada kesan perbuatanNya tanpa hulul(menempati secara sebati) dan ittihad(berpadu).

Ada segilintir yang menuduh sebahagian ahli makrifat seperti tuduhan yg dilemparkan keatas Shaykhul Akbar Imam Ibnu Arabi sebagai kafir kerana memiliki kepercayaan hulul dan ittihad namun sebenarnya tuduhan tersebut adalah salah sama sekali.

Rasulullah SAW menyukai syair Labid yg bermaksud “ketahuilah segala sesuatu selain Allah adalah batil”. Makna batil disini ialah perumpamaan(majaz) kepada ketiadaan alam ini. Kefahaman inilah yang dimiliki oleh para ahli makrifat, apabila mereka mengatakan bahawa “kami hanya nampak Allah pd setiap sesuatu”, ia bukan bermaksud Allah menempati dan bersebati dengan alam ini. Bahkan Melihat Allah pada alam ini ialah hati yg tidak berpisah dari Allah tatkala memandang alam ini.

Setiap sesuatu yg dalam penyaksian batinnya terpisah dari Allah tatkala melihat alam ini maka itu adalah “batil”. Hati yg berhadas ini hendaklah di sucikan dgn “wudhu syuhud” iaitu pandangan terhadap alam mesti bersama hati yg berhubungan dengan Penciptanya.

Setiap maksiat anggota zahir manusia adalah berpunca dari hati yg bermaksiat dan seluruh maksiat hati pula berpunca dari lalainya (ghaflah) hati dari menyaksikan Allah pd alam ini.

Hadas batin ini ialah hijab, hijab yg menutup pandangan batin kepada Allah. Dan jika hijab ini menebal maka ia blh membawa kepada kotoran junub (janabah). Hadas besar ini pula perlu kepada “mandi”,tidak cukup dgn hanya wudhu. Hadas besar yg dimaksudkan ialah apabila seseorang menyaksikan “diri”nya dengan sifat keakuan (ananiyah). Iblis mendapat kutukan Allah kerana ada hadas” ana” dlm hatinya. Dia gagal untuk melihat Allah dgn hatinya kerena sibuk melihat dirinya sendiri.

Petanda seseorang yg terkena “hadas ana”, dia akan susah untuk menerima jika ada orang lain yg mendapat kurniaan ilmu dan keterbukaan hati(futuh) selain dia, hatinya menjadi berat. Jiwanya dipenuhi dengan hasad dan iri terhadap orang tersebut.

“Diri sendiri” adalah hijab yg terbesar antara seorang hamba dengan Allah. Oleh kerana itu ahli makrifat menyebutkan “barang siapa yang mengenal dirinya nescaya akan mengenal Allah”. Apabila telah terbuka siapa dirinya maka akan lenyap segala pengakuan2 “diri”nya, lalu nescaya sifat2 Allah akan tajalli (tersingkap) dihadapannya.

Dia akn terkeluar dari daerah kebersamaan dirinya (binafsihi) menuju kepada kebersamaan dengan Allah (bi Robbih). Inilah penzahiran hadis qudsi yg menyebut “Aku menjadi penglihatannya yang denganKu dia melihat…..”.

Bersambung…

– Pengajian rawhah (part 1)di Ma’had Raudhah, 7 Disember 2019, Tebet Barat, Jakarta. Catatan alfaqir iqbal zain.

Catatan Maulana Iqbal Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *