DAKWAH SAHABAT NABI & TABI’IN KE NUSANTARA

Perhubungan di antara dunia Arab dan alam Melayu bukanlah sesuatu yang baru, jauh sebelum kelahiran Nabi Isa عليه السلام lagi, pedagang2 Arab dari kerajaan Saba dan kerajaan Himyar di Yaman telah datang ke wilayah alam Melayu (Nusantara) untuk mendapatkan hasil-hasil bumi di sini melalui perdagangan.

Ketika penduduk Yaman menerima Islam pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, hubungan antara pedagang2 Yaman dengan rantau ini terus terjalin dengan kukuh. Maka pedagang Yaman yang telah memeluk Islam pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم mula menjalankan usaha dakwah kepada pedagang2 tempatan. (Rujuk Sejarah & Tamadun Bangsa Melayu, Dr Ahmad Jelani Halimi).

Mufti Johor, Sayyid Alwi bin Tahir Al Haddad pernah menyatakan bahawa Islam masuk ke Nusantara ketika zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan رضي الله عنه. Beliau menjumpai fakta ini dari sebuah buku di Muzium Jakarta.(rujuk kitab beliau berjudul al-Madkhal)

Menurut Prof. Dr. Hamka dalam bukunya Perbendaharaan Lama dan Sejarah Umat Islam, fakta yang paling jelas tentang dakwah sahabat Nabi kepada penduduk & Raja Sriwijaya ialah dakwah yang dilakukan oleh Saidina Muawiyah bin Abu Sufyan رضي الله عنه.

Hubungan antara pemerintah alam Melayu & dunia Islam di Timur Tengah terjalin seawal zaman Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan رضي الله عنه iaitu apabila Maharaja Sriwijaya iaitu Sri Lokitawarman (Sri Jayanasa) yang berpusat di Palembang mengutuskan surat kepada Khalifah Muawiyah رضي الله عنه yang berpusat di Damsyik.

Kesan daripada itu, Khalifah Muawiyah mengutuskan utusan-utusannya ke Sriwijaya bagi tujuan dakwah. Kandungan surat ini dinukilkan dalam Kitab Al Hayawan oleh Al Jahiz.

Hubungan antara kerajaan Sriwijaya & Umaiyah terus wujud apabila kemudiannya Raja Sri Indrawarman pula mengutuskan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang merupakan seorang tabi’in, mengutuskan duta & pendakwah ke Sriwijaya sepertimana yang dilakukan oleh Khalifah Muawiyah. Surat antara Sri Indrawarman dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz ini saya pernah sentuh dalam posting yang lepas.(rujukan catatan Ibnu Abdul Rabbih (860-940 M) berjudul Al Iqd al Farid)

Sejak itu juga, sedikit demi sedikit pedagang Arab mula bermukim di Palembang bagi tujuan dakwah sehingga mewujudkan sebuah penempatan Islam di Sriwijaya. Perkampungan Islam itu wujud sehingga ke hari ini.

Buya Hamka menukilkan dalam Dari Perbendaharaan Lama :-
“Mungkinlah telah ada sahabat2 Nabi walaupun bukan dari golongan sahabat2 yang utama yang telah menginjakkan kaki di bumi tanah air kita, dan lebih mungkin lagi ada tabi’in…”

Hasanudin Yusuf
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *